Pendidikan Jainab Ahmad Ayid

Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tawau. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran menengah di SM St Patrick Tawau dan selepas tamat tingkatan lima, beliau bersekolah di Sabah College selama tiga bulan sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di Walthamstow ( sebuah kota yang terletak di timur laut London ). Beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang sehingga mendapat BA Law dan kemudian melanjutkan Pengajian Barrister At law di Lincoln Inns, London. Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid juga memiliki ijazah MBA dari UiTM dan Ijazah Doktor Falsafah ( Psikologi ) dari UMS pada tahun 2018.